Kak Min muncul lagi....
Kelibat Kak Min muncul lagi di kaca TV ketika berita malam tadi. Isu baru yang dibawa adalah berkaitan tuduhan yang dibuat terhadap Datuk Zahrain Mohamed Hashim Pengerusi PKR Pulau Pinang.
Beliau akan membongkar satu peristiwa yang dikaitkan dengan Pengerusi PKR itu dalam masa terdekat dengan peristiwa di sebuah hotel di Jawi pada 2007. Malahan Kak Min meminta beliau menjawab dalam tempoh 24 jam dan jika tidak, Kak Min akan dedahkan kepada umum.
Sebelum ini Kak Min mendakwa telah ditawarkan ganjaran RM80,000 dan jawatan yang dipertua sebuah majlis perbandaran jika menarik diri daripada bertanding. Jika berjaya mengalahkan calon PKR Mansor Othman, beliau mendakwa ditawarkan pula jawatan timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang.
Namun begitu dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan mereka telah menawarkan ganjaran dalam bentuk ganti rugi kepada calon Bebas, Aminah Abdullah jika sanggup tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.
Kedua-dua pemimpin berkenaan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Cheah Ka Peng, 43, dan Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang, Peter Lim Eng Nam, 32, mengaku mereka adalah dua individu yang terdapat dalam rakaman suara yang didedahkan oleh Aminah semalam.
Mereka menjelaskan pertemuan pada 13 Mei itu telah diatur oleh Aminah sendiri untuk makan tengah hari sambil berkongsi pandangan sambil bercerita sebagai kawan dalam keadaan bergurau.
Wak rasa Kak Min perlu ikhlas dalam niat untuk bertanding di DUN Penanti sebagai seorang yang akan mewakili seluruh penduduk di Penanti. Namun isu-isu yang dibawa oleh Kak Min sebenarnya hanya menjatuhkan maruah dirinya sendiri dan rakyat dapat menilai sejauh mana ketokohan sebagai seorang pemimpin yang ada pada diri Kak Min.
Apa yang penting Kak Min perlu ada ‘sifat malu’ yang dituntut dalam Islam sebagaimana yang telah Wak post kan pada entri sebelum ini. Kak Min perlu ada identiti dan ideologi tersendiri sebagai seorang pemimpin bagi menarik kepercayaan para pengundi di DUN Penanti.
Jangan hanya mencari publisiti murahan bagi menarik rasa simpati pengundi sehingga sanggup mencari dan mendedahan kesalahan serta keaiban orang lain tanpa bukti-bukti yang boleh depercayai dan belum pasti.
Wak rasa dan penuh yakin bahawa penduduk-penduduk di DUN Penanti begitu matang dalam menilai bakal pemimpin yang akan mereka pilih.
Akhirnya Kak Min cukuplah dengan isu mencari kelemahan orang lain… Tonjolkan diri sebagai seorang pemimpin yang bermaruah dan berpendirian serta berjiwa rakyat.
No comments:
Post a Comment