5.14.2009

Suami isteri menang cipta lagu Hari Guru

PUTRAJAYA 13 Mei ...

Pasangan suami isteri yang bertugas sebagai guru, Khairulrizam Khalid, 31, dan Ili Nurbahirah Baharudin, 26, memenangi Pertandingan Mencipta Lagu Tema Perayaan Hari Guru Kebangsaan 2009.

Khairulrizam memenangi kategori penciptaan lagu terbaik untuk hadiah wang tunai RM2,500 manakala isterinya yang memenangi kategori penciptaan lirik terbaik yang akan menerima RM1,500.

Khairulrizam bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Abdul Samad, Tanjong Ipoh dekat Kuala Pilah, Negeri Sembilan manakala Ili Nurbahirah mengajar di SMK Lenga, Felda Batu 27 Lenga, Muar, Johor.

Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran, Jame Alip (gambar) berkata, pertandingan terbuka kepada semua warga pendidikan itu bermula pada 24 Februari lalu dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa.

Menurutnya, pada pertandingan kali ini hadiah wang tunai ditambah sebanyak RM500 bagi setiap kategori berbanding tahun lalu.

“Hadiah yang dimenangi oleh Khairulrizam dan isterinya ini diibaratkan hadiah pengantin baru kerana mereka baru saja melangsungkan perkahwinan,” katanya di sini.

Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2009 akan diadakan di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Terengganu pada Sabtu ini.

Sumber - Utusan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails