5.05.2009

H1N1 boleh landa lebih dahsyat

Menggerunkan....

HONG KONG 4 Mei - Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Margaret Chan hari ini memberi amaran bahawa wabak A (H1N1) boleh melanda dunia dengan lebih dahsyat, sekalipun penyakit itu sekarang dipercayai semakin reda.

Chan memberitahu akhbar Financial Times dari Britain bahawa penurunan kadar kematian yang dicatat sekarang tidak bermakna wabak itu sudah hampir berakhir tetapi sebaliknya gelombang kedua boleh melanda dengan lebih dahsyat.

Menurut beliau, berakhirnya musim selesema di hemisfera utara bermakna sebarang wabak yang berlaku pada peringkat awal mungkin lebih ringan, tetapi gelombang kedua boleh meragut lebih banyak nyawa.

Sejumlah 18 negara di seluruh dunia melaporkan kes jangkitan virus A (H1N1) dan 22 kematian telah disahkan di Mexico, negara yang paling teruk dilanda wabak itu.

Namun pihak berkuasa di Mexico berkata, wabak itu dipercayai sudah memasuki fasa penurunan, manakala di AS, pegawai di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyebut tentang tanda-tanda 'yang menggalakkan.'

Chan menegaskan bahawa WHO telah membuat penilaian berdasarkan risiko saintifik dan bukan hendak mencetuskan panik di seluruh dunia.

Beliau mempertahankan penilaian WHO berhubung amaran pandemik yang dikeluarkan di seluruh dunia dan mungkin ditingkatkan ke tahap maksimum iaitu fasa enam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails