5.20.2009

Melaka kini bebas meningitis

Wabak meningitis..

Melaka hari ini diisytihar bebas daripada wabak meningitis apabila tiada lagi pesakit yang dirawat di Hospital Melaka, kata exco kesihatan negeri Norpipah Abdol.

Tiga pelatih terakhir Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tiang Dua yang dirawat di wad pengasingan hospital itu dibenarkan pulang pada pukul 8 pagi ini, lapor Bernama.

"Empat pelatih akademi itu yang dirawat di wad sama dibenar pulang semalam," katanya selepas mengiringi tiga pelatih berkenaan keluar dari hospital berkenaan hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Dr Ghazali Othman.

Kes meningitis itu mula dikesan apabila seorang pelatih akademi berkenaan meninggal dunia pada 4 Mei lepas, dan 41 yang lain dirawat di hospital.

Norpipah berkata arahan kuarantin yang dikenakan terhadap pelatih lain di akademi berkenaan juga telah ditarik balik dan aktiviti di akademi itu pulih seperti biasa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails