5.19.2009

KES BULI ANAK : PIHAK SEKOLAH TIDAK AMBIL TINDAKAN

Ibu kesal pihak sekolah tidak ambil tindakan kes buli anak..

Semenjak dua penjak ini kita rasanya jarang mendengar kes membuli melibatkan pelajar sekolah. Namun begitu kita tidak boleh memandang ringan kejadian yang terbaru pada hari khamis yang lepas di sebuah sekolah di Kota Baharu yang melibatkan kes buli pelajar.

Dalam kes tersebut seorang pelajar yang dibelasah oleh kira-kira 20 pelajar lain sehingga pengsan selepas tamat waktu persekolahan . Ia perlu diambil serius oleh pihak sekolah dan juga JPN. Ini merupakan kes buli dan ala ‘gangster’ yang mana ia berlaku kerana pelajar tersebut enggan memberikan RM1 sebagai "bayaran perlindungan".

Walaupun ibu kepada mangsa telah membuat laporan polis, namun pihak sekolah perlu mengambil tindakan yang tegas kepada 20 pelajar tersebut. Ini merujuk kepada kenyataan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Mohd Ghazali Abdul Rahman yang mengatakan bahawa sebarang bentuk hukuman dan tindakan disiplin terhadap 20 pelajar terbabit diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah.

Meskipun kes berkenaan dilihat besar berikutan ia membabitkan laporan polis, namun pihak sekolah masih mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menentukan hukuman terhadap pelajar-pelajar terbabit. Namun ianya tetap bergantung kepada peraturan dan etika yang ditetapkan di bawah JPN yang sememangnya perlu dipatuhi semua sekolah.

Walaupun kes ini berlaku di luar kawasan sekolah dan laporan polis telah dibuat, justeru keutamaan sekarang bergantung kepada pihak polis dan budi bicara pihak sekolah itu sendiri. Namun pihak sekolah perlu memberi perhatian yang sewajarnya bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang dan menimpa pelajar lain terutama pelajar-pelajar baru.

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam membendung gejala buli dikalangan pelajar sekolah. Mereka perlu sensitif dengan aktiviti anak mereka terutama selepas tamat waktu persekolahan dan jangan hanya berharap pihak sekolah memantau pelajar-pelajar sehingga di luar pagar sekolah. PIBG juga perlu memainkan peranan yang padu bagi memastikan kes buli ini tidak lagi berlaku di sekolah.

Berita lanjut klik di sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails