5.18.2009

Pengorbanan Guru Tidak Dilupa

BATU PAHAT 17 Mei ....

Kerajaan tidak akan melupakan segala pengorbanan yang dibuat oleh guru bukan siswazah dalam mendidik anak bangsa, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Beliau berkata, segala tuntutan yang dibuat oleh kumpulan guru terbabit kini dalam perhatian dan pertimbangan kerajaan.

Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran sendiri telah memberikan jaminan tidak akan melupakan golongan tersebut.

''Jadi, guru-guru bukan siswazah tidak perlu bimbang kerana nasib mereka kini dibela oleh kerajaan,'' katanya pada Perjumpaan Bersama Warga Pendidik Daerah Batu Pahat di Dewan Jubli Intan di sini malam tadi.

Menurut Mohd. Puad, guru merupakan golongan yang berkuasa untuk membina dan membangunkan bangsa serta negara menerusi pendidikan.

''Ini kerana guru menjadi acuan dalam melahirkan generasi yang diimpikan negara,'' katanya.

Selain itu, menurutnya, kejayaan Pelan Induk Pendidikan juga bergantung kepada pengorbanan dan keikhlasan guru-guru terutamanya mereka yang mengajar di kawasan pedalaman.

Mengenai pertambahan beberapa kuota jawatan termasuk 2,141 Guru dan Pengetua Cemerlang, Mohd. Puad berkata, ia membuktikan kerajaan memberikan pengiktirafan tinggi kepada guru.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails