Buang bayi lagi....
Ibu bapa perlu peka dengan pergaulan anak-anak demi menjaga maruah diri supaya mereka tidak terpengaruh dengan unsur-unsur yang negatif seperti masalah rempit, dadah dan sebagainya.
Pergaualan bebas antara lelaki dan perempuan dewasa ini telah menjadi punca utama kejadian membuang bayi, kes rogol dan juga lari dari rumah terutama dikalangan remaja perempuan di bawah umur.
Pengawasan ibu bapa terhadap aktiviti anak-anak diluar rumah perlu sentiasa dititik beratkan. Ibu bapa perlu tahu dengan siapa anak-anak bergaul dan apakah aktiviti yang dilakukan oleh mereka sepanjang berada di luar rumah.
KUANTAN - Seorang gadis berumur 16 tahun tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini kelmarin dan mengaku meninggalkan mayat bayi di hadapan sebuah rumah di Taman Balok Utama di sini.
Gadis itu yang juga seorang pelajar mendakwa dia mengandung pertengahan tahun lalu tanpa disedari ibu bapanya sehingga melahirkan bayi lelaki tersebut di dalam bilik di rumahnya di Balok pagi kelmarin.
Sebaik dilahirkan bayi itu meninggal dunia sebelum gadis itu membungkus anaknya menggunakan sehelai kain putih sebelum ia dibawa keluar dari rumah seorang diri secara senyap.
Gadis yang bersekolah di sebuah sekolah menengah agama di Balok hadir ke IPD Kuantan bersama ibunya pada pukul 11 pagi kelmarin.
Menurut beliau, gadis itu mendakwa dia mengandung selepas dirogol oleh seorang kenalan lelaki berusia 20-an setahun lalu.
No comments:
Post a Comment