http://tehranifaisal.blogspot.com/
Dalam entri kali ini Wak nak bercerita sedikit mengenai artikel dalam blog Haji Faisal Tehrani '1Malaysia, Jesteru Apa?'. Ramai yang memberi komen namun Wak lebih selesa memberi komen melalui blog ini.
Wak hanya ingin merujuk kepada perenggan 4 tulisan beliau seperti di bawah....
4. Kata Datuk Seri jangan ada yang merasa berada seperti 'kelas kedua' di negara tercinta ini. Duhai, tidakkah Datuk Seri mendengar keluhan pejuang bahasa dan sastera bahawa bahasa Melayu dan sastera Melayu ibaratnya hidup segan mati tidak mahu? Nama-nama tempat di kota Kuala Lumpur telah diingeriskan, keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sedang dikuncup dan ditabrakkan, sastera Melayu belum dapat disebarluaskan, anak-anak kelas pertengahan semakin malu mengakui jati diri Melayu-Islam. Dan ini semua berlaku bukan kerana bahasa Melayu dan pejuang bahasa itu minoriti, malah mereka majoriti, tetapi mereka atau kita, serasa dikelaskeduakan kerana pihak atasanlah, pihak kerajaanlah yang tidak mahu mengakui kewujudan kami. Dasar dan polisi selama ini menghempas kami untuk berada di kelas terbawah. Perdana Menteri, rakyat boleh berubah, percayalah; tetapi kerajaan dahulu harus merubah. Kemudian, kita, paling kurang sayalah, berjanji akan membantu Datuk Seri dan menyertai perjuangan tersebut demi 'perpaduan'.
Entahlah... Dalam kabinet baru DS Najib tidak nampak lagi pemimpin mana yang akan memperjuangkan untuk PPSMI dimansuhkan. Ingin memberi harapan pada Menteri Pelajaran dan Timbalannya, rasa seperti menanti buah yang tak akan gugur. Jesteru itu siapalah yang akan bersam-sama dengan pejuang-pejuang bahasa dan sastera serta pejuang GMP...
Wak nampak semakin jauh dan sayu perjuangan GMP dengan adanya bayangan insan yang menjadi pelopor PPSMI dalam cabinet DS Najib. 'Rumah kata pergi... Kubur kata mari!' Tapi masih tak sedarkan diri. Maaf andainya bahasa yang Wak gunakan ini terlalu kasar buat seorang insan yang pernah bergelar 'Perdana Menteri'.
Apa lagi yang kita harapkan... Rasanya para pejuang GMP telah lakukan seadanya. Namun suara dan tulisan mereka di bakul sampahkan, di longkangkan, disiniskan, di 'shit'kan (meminjam perkataan SN Dato' Haji Shahnon bin Ahmad) dan entah apa lagi perkataan yang boleh menggambarkan tindakan para pemimpin yang sengaja membuta dan tuli dalam isu PPSMI ini.
Merujuk perenggan 4 di atas, Wak menyokong dan bersetuju semuanya kecuali ayat terakhir... janji Hj FT yang akan membantu DS Najib dan menyertai perjuangan tersebut demi 'perpaduan'. Rasanya Wak masih berat hati untuk bersama-sama berjuang selagi kebobrokkan dalam parti yang bernama UMNO itu masih belum berubah. Sebagaimana yang pernah Wak titipkan dalam entri sebelum ini.
Dan perenggan terakhir dari Hj FT :
Datuk Seri, entahlah. Kami tidak tahu. Kami sudah letih. Jika apa yang dibabarkan semalam semuanya benar, dengan lelah kita bertanya kembali; jadi apa, justeru apa?
No comments:
Post a Comment