'Talkin untuk Umno'
Rasanya ini satu lagi pukulan maut untuk UMNO apabila kebangkitan protes rakyat dengan membuat satu gimik 'mentalkinkan UMNO'.
Para pemimpin UMNO perlu peka dengan suara rakyat yang mahukan nasib mereka dibela dan bukan hanya janji-janji kosong sahaja. Jika para pemimpin ini masih lagi selesa dengan apa yang mereka miliki, tidak mustahil upacara mentalkinkan UMNO ini akan menjadi kenyataan pada PRU ke 13 nanti.
Begitu halnya isu yang berlaku di DUN Perak. Suara rakyat kebanyakkannya mahukan kuasa 'Hakim Rakyat' dikembalikan semula bagi menentukan pemimpin mereka dan bukannya ditentukan oleh 'Hakim Mahkamah'. Jesteru itu adakah pemimpin-pemimpin UMNO ini mahu melihat upacara 'Mentalkinkan UMNO' ini akan berlaku pula di negeri Perak.
Kita sama-sama tunggu babak-babak seterusnya drama politik yang akan berlaku di negeri Perak.
Akibat tidak puas hati dengan isu tanah, penduduk setempat didakwa telah "mentalkinkan mayat Umno" di Semporna, kawasan parlimen naib presiden parti itu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Sekeping gambar yang merakamkan upacara bantahan itu kini mula beredar di internet, termasuk di blog seorang pemimpin PKR dan laman web saluran video dalam talian yang rapat dengan parti itu.
Gambar misteri itu memaparkan empat lelaki berbaring dalam satu barisan sambil diselimuti bendera Umno di atas sebuah pentas – yang kelihatan di dalam dewan.
Sekumpulan kira-kira 40 penduduk kampung, sebahagiannya orang tua berkopiah putih, berdiri di hadapan "mayat" tersebut dan mengangkat tangan seolah-olah sedang berdoa.
No comments:
Post a Comment