5.20.2009

Kemalangan Bas Ekspres Lagi

KUANTAN 19 Mei...

Isu yang biasanya akan timbul selepas berlakunya kemalangan yang melibatkan bas ekspres adalah berapa banyak saman trafik terhadap pemandu tersebut.

Diharap tidak lagi berulang isu yang sama kerana pihak penguatkuasa perlu mengambil iktibar dari peristiwa yang terjadi sebelum ini. Ini bagi membendung pemandu yang tidak berkhemah berada di atas jalan raya terutama melibatkan pengangkutan awam yang menaruhkan nyawa penumpang.

Dua maut manakala tujuh lagi parah apabila sebuah bas ekspres bertembung dengan sebuah treler yang sarat membawa muatan baja di Kilometer 31, Jalan Kuantan-Maran, malam tadi.

Mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian pukul 8.15 malam itu ialah pemandu lori berkenaan, Khairul Nizam Mohammed, 31, dari Kampung Padang Maidin, Kuala Terengganu dan seorang penumpang bas ekspres, Sabariah Arif, 32, dari Felda Purun Teriang, Bera.

Tujuh yang parah ialah pemandu bas, Mohammed Saladi Ripin, 42; kelindan lori, Yusoff Hassan, 42, dan lima penumpang bas berkenaan iaitu Tuan Suziyzty Tun Noor, 24; Aulia Hasan Basri, 30; Mohd. Johar Yadin, 56; Abdul Rahman Abdullah, 19, dan Raja Ahmad Suari Raja Abu Bakar, 40.

Pegawai Penguat Kuasa/Tadbir Trafik Pahang, Asisten Supritendan Zainalabidin Othman berkata, kemalangan berlaku ketika bas ekspres Transnasional berkenaan yang membawa 21 penumpang dalam perjalanan dari Kuantan ke Temerloh manakala treler milik Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) itu pula dari arah bertentangan.

Beliau berkata, setibanya di sebuah jambatan sempit, bas ekspres berkenaan dipercayai memasuki laluan lori berkenaan sehingga menyebabkan berlaku pertembungan.

Katanya, polis yang menjalankan siasatan kes itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, akan menahan pemandu bas ekspres berkenaan sejurus dia mendapatkan rawatan bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails