5.26.2009

Berpuasa Sunat Satu Kesalahan?

Mogok Lapar Untuk Bukan Islam..

Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata mogok lapar hanyalah untuk rakan-rakan yang bukan beragama Islam. Manakala mereka yang beragama Islam berpuasa sunat.

Menurut takwim hijrah, dari 1 hingga 3 hari bulan Jamadil Akhir, orang Islam memang disunatkan berpuasa. Malahan memang digalakkan berpuasa sunat dahulu sebelum memohon sebarang hajat yang besar."

Beliau menafikan para pemimpin Pakatan Rakyat bermogok lapar dianggap bertentangan dengan ajaran Islam seperti mana didakwa oleh sesetengah pihak.

Beliau mengulas tuduhan yang dilemparkan kepada PAS - yang bergabung dalam Pakatan Rakyat - apabila menganjurkan mogok lapar selama 72 jam mulai hari ini untuk mendesak pembubaran DUN.

Tokoh agama terkenal Johor, Datuk Noh Gadut semalam dilaporkan berkata, amalan mogok lapar haram dan bercanggah dengan al-Quran dan sunnah kerana ia boleh memudaratkan.

Ahmad juga menjelaskan, Pakatan di Perak tidak mengabaikan aspek kesihatan dalam mogok tersebut apabila perkhidmatan doktor disediakan kepada mereka yang terlibat, termasuk beberapa ADUN.

Menteri besar mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker gabungan pembangkang itu V Sivakumar melancarkan dan menyertai mogok tersebut.

Mogok lapar yang bermula di ibu pejabat DAP Perak di Ipoh pagi ini akan berakhir di pejabat PAS negeri petang Khamis dengan solat hajat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails