5.21.2009

H1N1: Awas Gelombang Kedua

Berwaspadalah kita...

Orang ramai diingatkan supaya tidak mengambil mudah situasi jangkitan virus selesema babi atau influenza A (H1N1) yang kini berada pada tahap sederhana kerana ia boleh bertukar menjadi serius pada gelombang jangkitan kedua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican (gambar) berkata, rakyat tidak boleh berasa selesa dengan keadaan sekarang berikutan virus H1N1 mampu merebak dengan cepat. Ia boleh menjadi serius selepas virus mengalami mutasi.

WHO mengesan ada kes yang mana pesakit H1N1 tidak mengalami demam sebaliknya hanya cirit-birit. Wabak ini selalu menyerang golongan muda dan bukan semua pesakit akan mendapat demam, 25 peratus pesakit mengalami cirit-birit.

Beliau berkata, rakyat tidak harus bergantung sepenuhnya kepada kerajaan untuk membendung penularan wabak influenza tetapi mereka juga perlu memainkan peranan dengan menjaga kebersihan diri.Orang ramai perlu mencuci tangan dengan cara yang betul malahan bahagian kuku juga perlu dibasuh menggunakan sabun.

Mana-mana individu yang mengalami selesema perlu berada di rumah dan jika perlu keluar, mereka mesti memakai penutup muka untuk mengelakkan penyakit tersebar melalui udara. Pemimpin yang menghadiri mesyuarat WHO di Geneva memuji tindakan yang diambil oleh Malaysia dalam mencegah penularan H1N1.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails