5.22.2009

H1N1 : KES SELURUH DUNIA MENINGKAT

WHO: Kes H1N1 terus meningkat

Nampaknya kes Influenza ini semakin merebak di negara lain termasuk di Jepun dimana dua kes terbaru di Tokyo menjadikan jumlah kes yang disahkan di Jepun meningkat kepada 267 hingga kini.

Walaupun di negara kita, kes H1N1 yang disahkan hanya dua kes sahaja setakat ini, namun perhatian harus diberi kepada langkah pencegahan secara berterusan terutamnya melibatkan pintu masuk negara.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, jumlah kes jangkitan influenza A (virus H1N1) di seluruh dunia kini telah meningkat kepada 11,034 dengan 85 kematian.

WHO menyatakan, sebahagian besar daripada 791 kes baru dilaporkan di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat (AS).

Mexico mengesahkan tiga lagi kematian akibat H1N1 sementara AS mengesahkan dua kematian berbanding kes yang dilaporkan semalam.

Sementara itu, dua kes pertama selesema babi disahkan di ibu negara Jepun ini hari ini, memaksa pihak berkuasa meningkatkan langkah-langkah pencegahan wabak tersebut daripada merebak.

Harga pesanan menerusi Internet turut melonjak bagi ubat antivirus, Tamiflu yang lazimnya hanya boleh didapati menerusi preskripsi.

Dua pelajar perempuan sekolah menengah Jepun yang melawat New York baru-baru ini, bagi menghadiri satu Persidangan Model Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjadi kes pertama disahkan dijangkiti virus H1N1 di Tokyo.

Kedua-dua pelajar itu dipercayai dijangkiti virus tersebut ketika berada di luar negara.

Beliau menggesa penduduk supaya bertenang dan menjelaskan bahawa fokus kerajaan adalah untuk mencari keseimbangan antara melindungi kesihatan penduduk dengan memastikan tidak meletusnya panik.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails