5.05.2009

Ramai Mat Rempit Bawah Umur

Memeranjatkan!

Operasi besar-besaran menangani aktiviti lumba haram di seluruh negara selama dua hari sejak kelmarin, bukan setakat berjaya memberkas pesalah trafik malah mendapati 235 daripadanya adalah remaja bawah umur.

Pada saat rakan sebaya mereka sibuk menelaah pelajaran di rumah, golongan remaja itu pula membahayakan diri merempit bersama-sama penunggang dewasa lain.

Apa ulasan Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Menteri Pelajaran.. Inilah sebenarnya salah satu sebab kesan dari perlaksanaan PPSMI. Pelajar-pelajar ini hilang minat untuk belajar terutama dikalangan anak-anak Melayu yang akhirnya mereka tercicir dari alam persekolahan. Mereka lebih gemar untuk melepak dan merempit yang membawa kepada permasalahan sosial yang serius.

Dalam operasi yang diadakan serentak di ibu negara, Perak, Pulau Pinang, Johor dan Selangor itu, tiga remaja berusia bawah 15 tahun ditahan kerana terlibat dalam aktiviti ‘merempit’ itu.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof memberitahu, pihaknya memandang serius penglibatan golongan belia terutama remaja bawah umur dengan aktiviti lumba haram.

Namun dalam situasi apa sekalipun ibu bapa tidak boleh lepas tangan dalam permsalahan anak-anak mereka. Kerjasama ibu bapa amatlah diperlukan bagi memantau pergerakan anak mereka agar tidak terjerumus dalam aktiviti tidak bermoral tersebut.

Ini kerana kebanyakan ibu bapa kepada anak yang terlibat ketika hadir untuk membayar saman mendakwa tidak mengetahui kegiatan anak masing-masing.

Ibu bapa perlu bertanggungjawab dan memiliki akauntabiliti dalam mendidik anak-anak supaya mereka tidak menyesal di kemudian hari apabila kejadian tidak diingini berlaku.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails