Empat negara baru dilanda H1N1...
Empat buah negara lagi dilanda wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) yang menjadikan kesemuanya berjumlah 29 buah negara setakat ini.
Negara-negara yang baru dilanda wabak itu ialah Argentina dan Australia masing-masing satu kes, manakala Panama (dua kes) dan Jepun (tiga kes). Dengan tambahan empat negara yang dijangkiti wabak itu, jumlah kes itu kini dilaporkan sebanyak 3,440 kes.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan sebanyak 940 kes baru bertambah. Sebanyak dua kematian berlaku iaitu masing-masing satu kes di Kanada dan Mexico, menjadikan sebanyak 48 kematian dilaporkan sehingga kini. WHO masih lagi mengekalkan tahap amaran wabak penyakit itu pada Fasa 5 sejak 29 April lalu.
Sama-samalah kita semua berdoa semoga wabak ini tidak menyerang negara kita. Sesungguhnya ini adalah ujian dari yang maha Esa. Kita harus sentiasa bersyukur dengan rahmatnya yang melimpah ruah dan anugerah keamanan serta kesejahteraan berbanding negara-negara lain di dunia ini. Amin.
No comments:
Post a Comment