5.05.2009

PPSMI : TPM PERLU DUDUK DALAM KELAS

Lambat lagi putuskan PPSMI...

Atas alasan bahawa kajian-kajian yang dilakukan oleh badan bebas tidak sama dengan perbincangan meja bulat maka Timbalan Perdana Menteri merasakan belum masanya untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap PPSMI.

Timbalan perdana menteri belum berpuas hati dengan kajian dan perbincangan meja bulat mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga menteri pelajaran, berkata kerajaan bersedia untuk memberi masa lebih panjang kerana apa jua keputusan terhadap isu berkenaan adalah kritikal, lapor Bernama.

Apa yang kita rasakan bahawa bukan masanya lagi untuk TPM menunggu kajian demi kajian dan bertanya tentang fakta dan bukti serta menuduh mereka yang membuat kajian hanya berasaskan apa yang mereka rasa. Telah terang lagi bersuluh bahawa PSMI telah gagal mencapai objektinya , segala bentuk kajian bukan dijalankan secara sembrono dan pihak yang menjalankan kajiaan bukan hanya melihat atas kertas tetapi mereka turun padang sendiri terutama dikawasan pendalaman.

Wak pun rasa pelik bin hairan, maklum balas dalam bentuk apa lagi yang diperlukan oleh TPM . Adakah ini sekadar alasan bagi melengah-lengahkan untuk membuat keputusan tentang dasar PPSMI. Rakyat sudah muak dan loya dengan alasan-alasan yang tidak munasabah.

Rentaknya masih sama ketika Datuk Hisyamudin ketika memegang Menteri Pelajaran iaitu baru nak mengemukakan hasil kajian kepada kabinet sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan. Berapa banyak kali nak bawa ke kabinet daaa....

Tiba masanya TPM selaku menteri pelajaran turun padang, duduk dalam kelas-kelas PPSMI terutama di sekolah-sekolah luar Bandar. Jika sebelum ini diberitakan beliau sanggup berjalan sejauh 3 kilometer bagi melihat dan mendengar permasalahan rakyat, apalah salahnya beliau duduk sendiri dalam kelas di pendalaman Sabah dan Serawak termasuk seluruh sekolah pendalaman di Semenanjung.

Sekarang ini bukan masanya untuk berdolak dalik tentang PPSMI. Bukan masanya ingin buat kajian atau meneliti hasil kajian. Yang penting ialah soal masa depan bahasa kebangsaan, bahasa Ibuanda, yang tidak kurang penting ialah soal masa depan anak kita yang belajar di sekolah tanpa meminggirkan bahasa Inggeris.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails