5.20.2009

Hukum penjara mandatori

Hukuman ke atas mat rempit @ samseng jalanan..

Kebelakangan ini isu mat rempit atau sekarang ini dikenali sebagai samseng jalanan nampaknya bertambah serius. Undang-undang yang sedia ada tidak memberi kesan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala ini.

Oleh itu gesaan supaya pesalah yang disabitkan dengan mat rempit atau gejala samseng jalanan dijatuhkan hukuman penjara mandatori adalah sangat-sangat dialukan. Apatah lagi sekrang ini telah melibatkan ramai dikalangan mereka yang masih di bawah umur dan juga pelajar sekolah.

Kerajaan diminta supaya meminda segera Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 ke atas mat rempit atau samseng jalanan dengan hukuman penjara mandatori.

Pindaan tersebut dilihat mampu memberi kesan lebih besar untuk membanteras kegiatan itu yang semakin berleluasa dan membimbangkan.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, pihaknya telah mengemukakan cadangan pindaan itu kepada kerajaan sejak dua tahun lalu tetapi sehingga kini tiada maklum balas.

Sehubungan itu kata beliau, pihaknya meminta agar cadangan tersebut difikirkan semula berikutan hukuman sedia ada di bawah seksyen berkenaan kurang berkesan.

Tambahnya, ketika ini Seksyen 42(1) APJ 1987 memperuntukkan denda sekurang-kurangnya RM5,500 dan tidak melebihi RM10,000 atau penjara sekurang-kurangnya lima bulan.

Beliau berkata, sepanjang operasi bersepadu trafik yang dijalankan serentak di seluruh negara bermula 1 Mei sehingga kelmarin, sebanyak 689 operasi telah dijalankan.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 69 samseng jalanan termasuk tiga remaja bawah umur 15 tahun telah ditahan kerana terbabit dalam aktiviti lumba haram.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails