5.13.2009

Barisan Nasional tidak rakus rebut kuasa di Perak???

Kenapa? Tak Peracaya? Memang tak percaya.....

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menafikan kerajaan Barisan Nasional (BN) rakus merebut kuasa di Perak sebelum mahkamah membuat keputusan terhadap kedudukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah.

Menurut beliau, BN tidak merampas kuasa di Perak secara membuta tuli sebaliknya ia dilakukan mengikut perlembagaan.

Jelas beliau, dalam tempoh 10 bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, BN tidak pernah mengganggu pentadbiran pakatan pembangkang di Perak.

“Sebaliknya, pakatan pembangkang yang hanya mempunyai kelebihan tiga majoriti, cuba mencuri seorang wakil rakyat BN. Sebenarnya yang rakus dan tamak itu adalah pembangkang.

“Oleh kerana pembangkang yang memulakan dahulu, sudah pasti ada reaksi daripada pihak yang satu lagi. Ada tiga wakil rakyat mereka yang lari tetapi mereka tidak sertai kita pun,” katanya.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Kuala Lumpur semalam yang memutuskan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Mohamed Nazri menegaskan, sebelum mengambil alih kuasa di Perak, BN sebenarnya tidak terlalu beria-ia merampas semula negeri itu daripada pembangkang kerana memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat.

“Kita menerima keputusan pilihan raya, Kita pun tidak mahu ambil Perak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13,” katanya.

Nota : Budak-budak rasanya boleh percaya berita niee... Tapi bagi orang seperti Wak ni rasa macam loya tekak ... Bukan nak menyanggah tapi berpada laa bila nak mengulas sesuatu isu. Toleh kiri kanan laa bro! Sama-samalah kita tepuk dahi, fikir sendiri....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails