Kezaliman Ah Long....
Wak terkekejut bila membaca berita dari Utusan on-line yang memaparkan gambar dua orang lelaki sedang dirantai seperti anjing.
Itulah kekejaman Ah Long atau ceti haram yang dikurung di dalam sebuah lokap buatan sendiri di sebuah bangunan rumah kedai lima tingkat di Taman Perindustrian Bukit Serdang, Selangor.
Sebenarnya kita perlu mengambil iktibar dari peristiwa yang terjadi ini. Kalau boleh elakkan diri dari terlibat dengan Ah long bagi menyelesaikan masalah kewangan. Ini rasanya kali pertama Wak mendengar berita mangsa kekejaman Ah Long sehingga dikurung dan disiksa seperti dalam tahanan Guantanamo.
Nampaknya masih ada lagi manusia yang tidak bertamadun dalam dunia moden sekarang ini. Mereka hanya mementingkan diri sendiri tanpa ada sifat keperimanusiaan.
Zalim! Hanya kerana gagal membayar hutang, tiga lelaki diperlakukan seperti binatang apabila leher dan kaki mereka dirantai serta dikurung dalam ‘lokap’ buatan ah long.
Lebih kejam, mangsa hanya dibekalkan dengan sebuku roti untuk setiap dua minggu dan terpaksa minum air paip dalam bilik kecil yang dilengkapi tandas itu.
Malah, mereka turut dijadikan seperti hamba apabila dirotan jika cuba merayu, membuat bising atau meninggikan suara. Wang yang dipinjam pula bukanlah banyak mana, cuma di antara RM1,500 dan RM4,000 sahaja.
No comments:
Post a Comment