Adakah negara kita masih selamat dari wabak ini...
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam meningkatkan langkah berjaga-jaga terhadap wabak selesema kepada fasa lima atau kurang setingkat di bawah tahap maksimum.
Peningkatan itu menandakan dunia di ambang wabak besar-besaran atau pandemik berikutan wabak selesema babi yang telah meletus di Mexico dan merebak ke seluruh dunia.
Ancaman yang timbul berikutan wabak selesema babi yang tertumpu di Mexico dan Amerika Syarikat (AS) ‘mesti dipandang serius’ kerana seluruh umat manusia terancam jika berlaku pandemik.
Fasa lima, iaitu kurang selangkah sebelum fasa enam yang menandakan pandemik, digambarkan sebagai ‘isyarat tegas bahawa pandemik boleh berlaku tidak lama lagi dan tempoh untuk menyiapkan langkah-langkah pengawalan yang dirancangkan adalah singkat’, menurut WHO.
Sungguhpun penduduk dunia kini berasa bimbang, isu kesihatan itu perlu ditangani dengan tenang. Di bawah peraturan WHO, fasa enam atau pandemik akan dicapai jika atau bila virus selesema babi didapati merebak secara berterusan antara manusia di pekan-pekan atau dalam komuniti lebih luas di sekurang-kurangnya sebuah benua lain selain benua Amerika. – AFP
No comments:
Post a Comment