Padan muka ....
Bila terbaca berita peragut kena berkas oleh orang awam, memang rasa geram macam nak ikut balon si mamat ni. Kisah si peragut ni memang dah banyak dipaparkan di akhbar dan juga media masa dan elektronik, namun masih terus berleluasa.
Yang menyedihkan akibat dari tindakan peragut ini, bukan sahaja mangsa kehilangan barang berharga malah yang lebih menyedihkan mangsa yang terlibat ada yang cedera serius, koma dan sehinggalah meninggal dunia. Si peragut ini tidak berhati perut dan hanya memikirkan kepentingan diri sendiri tanpa memperdulikan kesan buruk yang terjadi kepada mangsa.
Wak cadangkan kepada pihak berkuasa supaya penjenayah peragut ini diambil tindakan yang lebih berat seperti hukuman rotan dan kalau boleh buat satu undang-undang yang boleh merotan atau mempamerkan para pesalah peragut dikhalayak ramai. Barulah ia akan menjadi pengajaran kepada orang lain yang ada niat untuk berkecimpung dalam karier sebagai peragut.
Sikap prihatin orang ramai yang menyaksikan kejadian ragut di Jalan Mahkota, Cheras malam tadi berjaya membawa kepada penangkapan seorang penjenayah ragut yang giat diburu oleh polis.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.30 malam itu, suspek yang berusia lingkungan 30-an diberkas ketika ingin meragut seorang mangsa wanita.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd. Hashim berkata, lelaki itu yang baru meragut beg tangan wanita terbabit dikejar oleh orang awam dan berjaya ditangkap.
Menurutnya, orang ramai yang berang dengan tindakan suspek itu bertindak memukulnya sehingga cedera di bahagian muka.
“Dua orang anggota sukarelawan polis yang sedang menjalankan Operasi Cegah Jenayah di kawasan itu tiba tidak lama kemudian dan meleraikan keadaan sebelum menahan lelaki terbabit,” katanya.
No comments:
Post a Comment