5.05.2009

HULURKAN BANTUAN UNTUK BEKAS GURU

Jasamu guru dikenang sepanjang hayat...

Seorang bekas guru agama, Sabariah Abdul Basir, 41, dari Kampung Jambatan Merdeka, Tikam Batu dekat sini yang menderita penyakit barah usus.

JKM meluluskan bantuan bulanan RM1,100 bagi meringankan beban Sabariah dan keluarganya.Pegawai JKM Daerah Kuala Muda, Mohamad Md. Noor berkata, pihaknya meluluskan bantuan pesakit kronik dan bantuan khas kepada keluarga tersebut berkuat kuasa bulan ini.

Bantuan pesakit kronik disalurkan masing-masing berjumlah RM300 sebulan kepada Sabariah dan ibunya, Seriyatun Supar serta suami Sabariah yang menghidap barah otak, Mohd. Zaki Zakaria. JKM turut meneruskan bantuan bagi meringankan beban anak-anak Sabariah sebanyak RM200sebulan.

Sabtu lalu, Utusan Malaysia menyiarkan kisah ibu dua anak itu yang sering menangis terutama waktu malam dan tengah hari akibat tidak tahan menanggung kesakitan selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada ususnya.

Penyakit yang dideritai menyebabkan dia tidak mampu menguruskan keluarga kerana hanya terlantar di atas katil sejak setahun lalu. Akibat itu, dia hilang punca pendapatan apabila terpaksa berhenti kerja sebagai ustazah di Sekolah Agama Al-Islah, Pokok Asam, Pinang Tunggal dekat sini.

Suaminya, Mohd. Zaki, 43, pula menderita penyakit barah otak. Sementara, ibu Sabariah, Seriyatun, 63, yang kini membantu menguruskannya turut menghidap penyakit barah pangkal rahim.

Mohamad berkata, meskipun bantuan yang disampaikan itu tidak dapat menampung kos perubatan keseluruhan, namun ia sekurang-kurangnya meringankan beban kewangan keluarga berkenaan.

Orang ramai yang ingin membantu Sabariah sekeluarga menyumbang melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Abdul Basir Koiman bernombor 02124-29-00008823-9.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails