5.12.2009

Apa Motif Disebalik Rayuan…..

Semakin kronik...

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan bekas Menteri Besar Kudeta Datuk Zamry Abdul Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Rayuan Khas semalam yang mengistiharkan Dato Seri Ir Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut. Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Akhirnya Keputusan mahkamah hari ini bagi membenarkan rayaun bekas MB itu sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Ini membuktikan Dr zambry yang pada mulanya mengatakan dia menerima keputusan semalam dengan rela hati hanya omongan kosong semata. Andainya benar beliau menerima dengan rela hati sepatutnya tidak perlu membuat rayuan. Tambahan pula DS Nizar sendiri telah mengumumkan untuk mengadap sultan bagi memohon perkenan pembuburan DUN sebaik sahaja diumumkan sebagai MB yang sah.

Di sini kita dapat lihat apakah motif sebenar rayuan yang dibuat oleh Dr Zambry. Rakyat sedang menilai apa sahaja tindakan yang di lakukan oleh pihak UBN bagi mengekalkan sebuah pemerintahan yang banyak menimbulkan kecelaruan perlembagaan dan juga undang tubuh negeri Perak itu sendiri.

Secara keseluruhannya yang dapat kita simpulkan bahawa tindakan DS Nizar setelah mendapat pengistiharan sebagai MB yang sah adalah mengembalikan semula kuasa rakyat dengan memohon perkenan Sultan untuk pembubaran DUN. Namun bagi pihak Dr Zambry pula adalah dengan sedaya upaya mempertahankan jawatan MB dan melenyapkan kuasa rakyat melalui rayuan mahkamah yang berjaya di lakukan sebentar tadi.

Justeru itu kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum.

Kebijaksanaan Sultan sahajalah yang dapat mengeluarkan negeri Perak dari kemelut politik yang tiada tanda kesudahannya……

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails