5.08.2009

DUN PERAK : Dari Kaca Mata Rakyat Biasa

Hanya mampu geleng kepala....

Wak berkesempatan menonton TVAntara.com rakaman-rakaman peristiwa yang berlaku di dalam dewan yang mulia semasa persidangan DUN Perak semalam. Banyak perkara yang menjadi tanda tanya....

Wak sempat sembang dengan rakan-rakan tentang peristiwa semalam yang berlaku di persidangan DUN Perak. Rakan-rakan Wak ada dikalangan yang pro UMNO-BN, ada yang pro PR dan ada yang langsung tak ambik pusing bab politik ... Namun inilah kali pertama kami semua sehati sejiwa dan sehaluan memberikan pandangan dan komen yang senada dan seirama.

Dari pandangan dan komen rakan-rakan yang dilemparkan... hanya satu perkataan yang boleh disimpulkan.... MEMALUKAN!!!

Namun dalam hati kecil Wak berkata... Inikah yang akan kita persembahkan kepada anak-anak dan cucu cicit kita bila mereka satu hari nanti bertanya tentang erti 'demokrasi'... Generasi muda yang akan mengambil pemerintahan negara suatu hari nanti, sudah pasti akan menjadikan contoh dan teladan apa yang berlaku di depan mata mereka.

Entah lahhh... Wak sendiri tak pasti apa yang akan berlaku seterusnya dalam sandiwara politik di negeri Perak. Kita sama-samalah berdoa agar kemakmuran negeri Perak dan juga negara kita akan kekal aman dan sejahtera...

Maklumat lanjut untuk rakaman peristiwa bersejarah di DUN Perak, klik disini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails