5.10.2009

Rintihan Seorang IBU

Sempena Hari IBU...

Wahai DS Najib dan Datuk Hisyammudin...

Dengarlah rintihan hati seorang insan yang bergelar ibu untuk pulangkan 'suami' yang juga bapa kepada anak si ibu. Sesungguhnya kami yakin Datuk Seri dan juga Datuk masih mempunyai ibu yang dikasihi.

Isteri kepada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) paling lama, Mat Sah Mohd. Satray, 46, merayu kerajaan membebaskan suaminya yang sudah tujuh tahun ditahan di Kem Tahanan Kamunting, Perak.

Norlaila Othman, 45, yang mempunyai seorang anak remaja bersama Mat Sah berkata, tekanan hidup yang ditanggung sejak suaminya ditahan pada 2001 bukan sahaja menyebabkan beliau menderita malah terpaksa menanggung beban kewangan yang tinggi.

“Saya dan keluarga berulang-alik Kuala Lumpur ke Taiping dua kali sebulan kerana mahu melawat beliau di penjara dan terpaksa membayar belanja minyak dan tol selain berkorban masa dan tenaga untuk kesejahteraan beliau.

“Semasa ditahan, anak kami berumur lapan tahun dan dia tidak faham apa-apa. Kini dia sudah dewasa dan lebih memahami sebab bapanya dimasukkan ke penjara tetapi tekanan jelas terpancar pada wajahnya setiap kali nama ayahnya disebut,” kata Norlaila kepada Mingguan Malaysia.

Mat Sah ditahan kerana dipercayai ahli Jemaah Islamiah yang dikatakan terlibat dalam aktiviti subversif terhadap kerajaan dan boleh menggugat keamanan serta keselamatan negara.

Mengulas lanjut, Norlaila berkata, sejak hari pertama suaminya ditahan, beliau tidak pernah putus asa menghantar surat kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri agar Mat Sah dibebaskan.


Sekali lagi kami menyeru... andainya suara kami didengari Datuk Seri dan Datuk... Sempena hari ibu, dengarlah rayuan Ibu ini demi sedikit kebahagian mereka di atas muka bumi Allah ini yang rasanya terlalu singkat untuk dipinjamkan usia yang entah bila akan dijemput yang maha Esa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails