5.06.2009

Pembaziran wang rakyat dalam pilihan raya kecil

Tak nak bazir duit rakyat... hapuskan ISA!

KUALA LUMPUR 5 Mei - Kerajaan membelanjakan sehingga RM20 juta wang rakyat untuk mengawal keselamatan setiap kali pilihan raya kecil peringkat Parlimen diadakan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ramai yang tidak menyedari jumlah perbelanjaan sebesar itu diperlukan tetapi ia tidak boleh dielakkan.

Beliau menegaskan, jika trend pembangkang mahu mewujudkan pilihan raya kecil secara silih berganti tanpa sebarang alasan yang kukuh diteruskan, terlalu banyak wang rakyat terpaksa dibelanjakan bagi tujuan keselamatan.

Beliau mengulas hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan untuk melepas jawatan beliau tidak lama lagi.

Kata Hishammuddin, beliau telah meminta para timbalannya untuk mengkaji secara mendalam berapa jumlah sebenar wang rakyat yang perlu dibelanjakan setiap kali pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

Mengulas lanjut mengenai Manoharan beliau berkata, pihaknya tidak akan tunduk kepada keinginan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu yang seolah-olah mahu dibebaskan kalau kerajaan tidak mahu pilihan raya kecil diadakan di kawasannya itu.

"Saya tidak ikut ugutan, dia ditahan di bawah ISA atas sebab-sebab tertentu, kerana pilihan raya kecil nak bebaskan dia, (ugutan itu) tak makan dengan Menteri Dalam Negeri sekarang, pertimbangan saya ialah asas-asas yang telah pun dibina selama ini perlu dihormati," katanya.

Antara asas-asas yang dimaksudkan beliau ialah keselamatan, kestabilan dan kepentingan negara ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails