5.29.2009

PRK Manek Urai 14 Julai

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai 14 Julai..

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Manek Urai ialah pada 6 Julai ini manakala hari pengundian ditetapkan pada 14 Julai, demikian diumum oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya menetapkan daftar pemilih yang akan digunakan ialah Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama tahun ini yang telah dikemas kini sehingga 22 Mei lalu mengandungi 12,293 pemilih termasuk 25 pengundi pos.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabat SPR di sini, beliau berkata, SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi itu daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 24 Mei lalu, dua hari selepas penyandangnya, Ismail Yaacob, daripada Pas meninggal kerana sakit jantung.

Menurut beliau, penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi akan dijalankan di Dewan Petra Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai manakala sembilan sekolah akan dijadikan pusat mengundi dengan seramai 350 petugas terlibat dalam pengendalian pilihan raya kecil itu.

Daftar pemilih pilihan raya berkenaan mula dijual pada 15 Jun dan pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web rasmi SPR www.spr.gov.my selain di lima kaunter di tempat yang akan dikenal pasti.- KOSMO

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails