Dulu-dulu orang panggil Hari Buruh...
1 Mei adalah tarikh dimana seluruh dunia menyambut Hari Buruh yang turut dipanggil “May Day”. Hari Pekerja diraikan kerana negara dan masyarakat menghargai sumbangan pekerja kepada pembangunan negara
Sekarang di Malaysia dah tak panggil Hari Buruh... Sudah tukar! Hari Pekerja... Warga pekerja seluruh dunia menyambut Hari Mei Satu yang penuh bermakna ini dengan cabaran krisis ekonomi dan tekad perjuangan yang lebih tinggi pada tahun ini.
Selamat Hari Pekerja khusus kepada mereka yang bergelar pekerja walaupun pada hari ni ramai diantara kita tak bekerja terutama orang gomen seperti Wak nii.. Tentunya ramai juga pekerja-pekerja Bangla, Nepal, Indon dan macam-macam lagi akan melepak kat bandar-bandar.... Menghabiskan cuti Hari Pekerja. Apapun kena respect kat mereka sebab dah banyak berjasa dan penyumbang kepada pembangunan negara.
Sekali lagi Wak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Hari Pekerja kepada seluruh pekerja khususnya rakyat Malaysia dan juga mengucapkan terima kasih kepada semua warga pekerja yang telah tekun bekerja untuk membina negara kita ke arah kecemerlangan. Negara sangat menghargai sumbangan pekerja.
Selamat menyambut Hari Pekerja.
No comments:
Post a Comment