5.02.2009

Kerja Separa Masa

Peraturan kerja separa masa dijangka dilaksana bulan depan..

Kementerian Sumber Manusia menjangkakan Peraturan Kerja Separa Masa untuk pekerja sektor awam dan swasta bekerja selepas waktu kerja dapat dilaksanakan pada bulan depan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata kementeriannya kini di peringkat akhir menggubal peraturan itu di bawah Akta Kerja 1955.

“Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan pekerja sektor awam untuk bekerja separa masa tetapi tidak ada peraturan khusus mengenainya hingga menimbulkan beberapa isu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Pekerja Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden CUEPACS Omar Osman dan Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna Negeri, R.Perumal.

Dr Subramaniam berkata isu berkenaan antaranya berkaitan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), bayaran kerja lebih masa dan cuti sakit. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails