5.06.2009

Pembayaran zakat mungkin dikuatkuasa - Jamil Khir

Artikel Wak mengenai zakat pendapatan Vs cukai pendapatan... klik disini

PUTRAJAYA 5 Mei — Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menguatkuasa undang-undang membayar zakat seperti yang dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung pembayaran cukai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom bagaimanapun berkata sebelum dilaksanakan, beberapa perkara dari segi peraturan, akta dan undang-undang perlu disemak terlebih dahulu.

“Pembayaran zakat pada masa ini amat menggalakkan, iaitu mencecah RM1 bilion bagi seluruh negara tahun lalu, tetapi persoalan sama ada ia akan dikuatkuasakan dalam perundangan akan dikembangkan pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jamil Khir berkata pembayaran zakat tidak membebankan pembayar cukai yang beragama Islam, kerana jumlah zakat yang dibayar akan ditolak dari jumlah cukai yang perlu dibayar.

Beliau melancarkan perkhidmatan pembayaran zakat melalui Kad Combi Debit Mastercard, kerjasama antara Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Eoncap Islamic Bank Berhad. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails