5.06.2009

Ragut : Wanita Hamil Meninggal Dunia

Masihkah selamat lagi negaraku ini....

JOHOR BAHARU 5 Mei — Seorang wanita yang mengandung dua bulan meninggal dunia hari ini selepas koma akibat diragut ketika menunggang motosikal di Taman Ayer Hitam, dekat Batu Pahat, Ahad lepas.

Jamilah Selamat, seorang jurujual di kedai kraftangan di pekan Ayer Hitam, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini pada kira-kira pukul 7.35 pagi.

Jamilah yang akan menyambut hari jadi ke-32, Isnin ini koma apabila terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya setelah diragut dua lelaki yang menaiki motosikal.

Suaminya, Razali Ahmad, 41, berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 7.30 malam ketika Jamilah yang menunggang bersendirian motosikal Honda EX5, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Mekar, kira-kira 70 meter dari tempat kejadian.

“Arwah terjatuh dan terhentak di kepala kerana motosikalnya gagal dikawal.

Sebelum itu, arwah yang selesai bekerja sempat ke pasar malam untuk membeli barangan keperluan dapur,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails