Inilah pukulan ISA...
Keengganan kerajaan Barisan Nasional membebaskan tahanan ISA termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Shah Alam M Manoharan mungkin akan menyebabkan satu lagi pilihanraya kecil ‘yang tidak diingini’.
Wak rasa untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku kepada anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Shah Alam, Selangor adalah dengan membebaskan beliau dari tahanan ISA. Jika sebelum ini pihak kerajaan boleh membebaskan 13 orang tahanan ISA sebelum PRK di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, mengapa tidak mengambil tindakan yang sama dalam kes ini.
Adakah sememangnya pihak pemerintah sengaja menunggu pilihanraya kecil di Kota Shah Alam??? Adakah DS Najib masih berani untuk menghadapi PRK yang mana di Penanti pun masih belum pasti....
Sebagaimana yang telah kita ketahui sekiranya berlaku satu pilihanraya kecil ‘yang tidak diperlukan’ akan menyebabkan wang rakyat akan terkorban, membuang masa dan tenaga dan mengalihkan tumpuan negara dari masalah ekonomi sekarang,
Pembebasan Manoharan akan membantu menurunkan kepanasan suhu politik tanahair, mengambil kira pandangan Perdana Menteri yang menyebut “terlalu banyak politiking dalam negara kita yang sepatutnya sekarang kita tumpukan untuk memulihkan ekonomi dan mengambil berat tentang kepentingan rakyat dan bergerak kehadapan, demi negara dan membawa Malaysia kepada kejayaan yang cemerlang,”
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu akan membuat keputusan dalam tiga hingga empat minggu lagi berhubung hasrat anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah di Selangor, M. Manoharan untuk meletak jawatan.
Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata, keputusan Manoharan itu bagaimanapun belum muktamad sebaliknya hanya menyuarakan hasrat berbuat demikian kerana kecewa tidak dapat berkhidmat kepada pengundi di kawasannya.
Manoharan mengesahkan bahawa beliau sedang memikirkan untuk mengosongkan kerusi itu, dan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat selepas bertemu dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh di Kem Tahanan Kamunting, Taiping, Perak, pada 19 Mei ini. Beliau rasa kecewa kerana ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak dapat berkhidmat kepada pengundi.
Manoharan, Penasihat Undang-Undang pertubuhan haram Hindraf, bersama empat lagi pemimpin pertubuhan itu ditahan mengikut ISA pada 13 Dis 2007. Pada pilihan raya umum 8 Mac 2008, Manoharan yang bertanding atas tiket DAP, memenangi kerusi DUN Kota Alam Shah setelah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi.
No comments:
Post a Comment