5.25.2009

‘Selsema Babi’ Lebih Sesuai Dari H1N1

Sah babi punca H1N1...

Walaupun sebelum ini istilah yang digunakan dikatakan tidak sesuai disebabkan penyebab merebaknya H1N1 bukanlah dari babi, namun kini telah sah bahawa punca H1N1 adalah babi.

Di Negara kita sendiri telah diwartakan bahawa semua pusat penternak babi bebas dari H1N1. Namun persoalannya, adakah ianya benar-benar bebas dari ancaman wabak ini. Adakah pemantauan berterusan dilakukan oleh pihak berwajib bagi mengelakkan penularan wabak ini di Negara kita terutama di kawasan persekitran yang hampir dengan perternakan babi.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS) mendapati virus baru influenza A (H1N1) yang menyebabkan wabak selesema babi telah tersebar tanpa dikesan sejak beberapa tahun lepas, sebahagian besarnya berpunca daripada babi.

Ketua Bahagian Influenza di pusat tersebut, Dr. Nancy Cox berkata, berdasarkan satu kajian yang dijalankan pihaknya, babi adalah punca jelas yang membawa kepada pandemik tersebut.

Laporan oleh Cox bersama sekumpulan penyelidik antarabangsa dalam jurnal sains itu menyebut virus berkenaan ‘mungkin telah tersebar tanpa dikesan di kalangan kawanan babi di suatu kawasan di dunia ini’.

Kumpulan penyelidik itu turut mengesahkan campuran gen manusia, babi dan burung dalam virus terbabit yang telah menjangkiti lebih 11,000 orang di 42 buah negara, serta membunuh 86 orang.

Virus baru itu merupakan satu campuran yang terhasil daripada campuran-campuran lain termasuklah sejenis virus yang ditemui pada 1998 yang mengandungi elemen manusia, burung dan babi.

Ia turut mengandungi sedikit selesema Eurasian termasuk satu segmen yang mempunyai kaitan dengan sampel yang diperoleh daripada seorang pesakit di Hong Kong yang dijangkiti selesema babi pada 1999.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails