5.06.2009

RMRM3,255.50.. Harga Untuk Berdakwah Dalam Sebuah Negara Islam!

Imam dipecat dapat pampasan...

Imam di Bukit Damansara yang dipecat susulan khutbah Jumaatnya menyeru "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" Februari lalu diberikan pampasan dua bulan gaji.

Bersama surat memaklumkan pemecatannya bertarikh 30 April, Syamsul Firdaus Mohamed Supri, 36, diberikan cek berjumlah RM3,255.50.

Surat itu yang bertandatangan pengerusi jawatankuasa kariah masjid Saidina Umar Al-Khattab, Datuk Wan Mansor Abdullah menyebut tindakannya dibuat selepas mendapat persetujuan Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Dalam surat yang sama, pemecatan itu dibuat berdasarkan Seksyen 12(1) Akta Pekerjaan yang menyebut "majikan boleh menamatkan perkhidmatan pekerja dengan memberi notis pada bila-bila masa."

Shamsul semalam menjelaskan, beliau "menambah sedikit" mesej "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" dalam khutbah kedua kerana perkara itu biasa dilakukan oleh khatib.

Tambahnya, dalam khutbah pertama, beliau membacakan teks penuh yang dibekalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjudul "Petunjuk dari Kesesatan" tanpa sebarang tokok tambah.

Selama kira-kira 10 tahun berkhidmat di masjid berkenaan sejak 1 Disember 1998, Shamsul mendakwa tidak pernah mendapat teguran daripada ahli kariah kawasan itu.

Susulan pemecatannya, bapa kepada dua anak itu dikehendaki mengosongkan rumah imam di Jalan Setiajasa, Bukit Damansara – milik masjid itu – sebelum 1 Julai ini.

Shamsul berstatus imam lantikan masjid dan bukannya kakitangan Jawi seperti dua lagi imam di masjid itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails