5.11.2009

Isu Uthayakumar Tidak Mahu Berterima Kasih

Hishammuddin: Tidak harap terima kasih daripada Uthayakumar...

Menjadi seribu tanda tanya bila membaca berita ini. Mengapa orang seperti P. Utahayakumar yang dianggap oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai seorang yang degil, mengoyakkan bajunya sebelum dibebaskan, dan fitnah macam-macam masih terus dibebaskan dari tahanan ISA.

Hishammuddin berkata, segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan Uthayakumar akan dibuktikan serta tindakan tegas akan dikenakan terhadap Uthayakumar sekiranya melanggar undang-undang sepertimana yang dilakukan orang biasa lain, " katanya.

Kerajaan tidak mengharapkan atau menagih ucapan terima kasih daripada pemimpin pertubuhan haram Hindraf P. Utahayakumar yang dibebaskan semalam dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.

Seramai 13 tahanan ISA yang ditahan sejak Disember 2007 dibebaskan semalam termasuk M. Manoharan, dan K.Vasantha Kumar.

Persoalannya sekarang adakah rayuan seorang isteri untuk memohon pembebasan suaminya dari tahanan ISA dipertimbangkan. Isteri kepada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) paling lama, Mat Sah Mohd. Satray, 46, merayu kerajaan membebaskan suaminya yang sudah tujuh tahun ditahan di Kem Tahanan Kamunting, Perak.

Norlaila Othman, 45, yang mempunyai seorang anak remaja bersama Mat Sah berkata, tekanan hidup yang ditanggung sejak suaminya ditahan pada 2001 bukan sahaja menyebabkan beliau menderita malah terpaksa menanggung beban kewangan yang tinggi.

Wak malas nak ulas panjang di sini. Cubalah kita sama-sama fikirkan.... Klik di sini untuk entri tentang rayuan Pn Norlaila

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails