Peningkatan kes ragut membimbangkan...
Polis Kuala Lumpur baru-baru ini mendedahkan bahawa jenayah ragut di ibu kota meningkat 99 peratus dan ia merupakan satu fenomena yang perlu dipandang serius oleh masyarakat di negara ini. Oleh itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyarankan masyarakat mengamalkan sikap lebih peka kepada diri sendiri dengan menutup semua peluang kepada peragut untuk bertindak ke atas mereka.
Masyarakat perlulah bersedia menukar beberapa sikap untuk mengelak diri menjadi mangsa. Mereka tidak perlu bimbang dengan jenayah ragut jika mereka mengambil beberapa langkah tertentu untuk tujuan keselamatan. Masyarakat perlu sedar untuk menangani jenayah ragut dan jenayah lain juga, mereka perlulah terlebih dahulu mengelak diri daripada menjadi mangsa.
Antara langkah-langkah pencegahan daripada menjadi mangsa ragut adalah seperti berikut:
i. Selalu gunakan jalan dan lorong yang ramai orang lalui. Jangan berjalan atau bersiar-siar di tempat gelap.
ii. Jika terpaksa keluar di waktu malam cuba bawa teman.
iii. Jangan memakai barang-barang kemas dengan banyak. Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam raga membeli-belah atau di atas kaunter.
iv. Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan laluan laulintas.
v. Hendaklah berwaspada selalu, andainya anda merasai seseorang yang mencurigakan mengekori anda, hendaklah dengan segera menuju ke tempat lain.
vi. Semasa membeli-belah di tempat yang sibuk gengam beg duit dengan kuat atau sembunyi beg itu di tempat yang tidak terdedah.
vii. Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal.
viii. Jikalau membawa anak-anak kecil ke bandar, tanggalkan barang-barang kemas yang di pakai olehnya.
ix. Jangan berasak-asak apabila menaiki / turun bas, keretapi, panggung wayang atau tempat sesak supaya dapat mengelak daripada kena ragut.
x. Bila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda biasa. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari lif dengan segera.
No comments:
Post a Comment