5.02.2009

Selsema Babi Sudah Tukar : 'H1N1 influenza A'

Sudah tukar maaa....

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengumumkan, pihaknya akan berhenti menggunakan istilah 'selesema babi' bagi mengelakkan kekeliruan ekoran bahaya yang ditimbulkan haiwan berkenaan.

Perubahan polisi itu dibuat sehari selepas Mesir mengambil keputusan membunuh ribuan ekor babi di negaranya, satu langkah yang dilihat salah dalam mencegah wabak tersebut.

Jurucakap WHO, Dick Thompson berkata, industri pertanian dan agensi makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyatakan kebimbangan bahawa istilah 'selesema babi' telah mengelirukan pengguna.

Ia juga katanya tidak memerlukan negara-negara melarang pengimportan produk daging babi serta mengarahkan pembunuhan haiwan itu.

''Daripada memanggilnya selesema babi, kita akan kekal menggunakan nama saintifik teknikal iaitu H1N1 influenza A,'' katanya.

Mesir membunuh kira-kira 300,000 ekor babi semalam walaupun pakar berkata, wabak itu tidak berkaitan dengan haiwan tersebut dan tidak tersebar dengan memakan dagingnya. Petani-petani yang marah membantah keputusan itu.

Di Paris, Pertubuhan Sedunia untuk Kesihatan Haiwan memaklumkan, 'tiada bukti menunjukkan jangkitan di kalangan babi dan manusia juga tidak mendapat jangkitan secara terus dengan haiwan itu'.

''Membunuh babi tidak membantu mengawal wabak itu kepada umum atau bahaya kesihatan haiwan yang ditimbulkan virus tersebut dan ia juga satu langkah yang tidak sesuai,'' kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan. - AP

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails