Seribu satu cerita di sebalik kematian Syafiah Humairah…
Seluruh rakyat Malaysia pastinya terharu dengan apa yang berlaku ke atas adik Syafiah Humairah. Tak terungkap dengan kata bagi melabelkan manusia si durjana ini. Perasaan marah dan geram terhadap lelaki yang tidak beriman dan setaraf kezalimannya dengan tentera Yahudi yang menyiksa dan membunuh rakyat Palestin.
Tidak dapat dibayangkan oleh akal kita, betapa berat seksaan yang dihadapi oleh Allahyarham Syafiah Humairah Sahari sebelum dia menemui ajal. Dia dipukul dan ditampar, kanak- kanak malang itu turut dipijak dan ditendang oleh teman lelaki ibunya tanpa belas kasihan, hanya disebabkan oleh kesalahan kecil yang dilakukannya.
Hampir menitis air mata ini apabila dimaklumkan bahawa adik Syafiah merayu supaya jangan dipukul lagi ketika dibelasah oleh lelaki yang bertopengkan syaitan durjana. Hati seorang ayah ini yang ada anak sebaya adik Syafiah memang cukup terharu... tidak dapat untuk digambarkan.
Kesan yang ditinggalkan oleh kerana perlakuan lelaki syaitan ini amat dahsyat. Adik Syafiah baru berusia tiga tahun telah disahkan meninggal dunia akibat pendarahan pada otak dan mengalami kerosakan buah pinggang, akibat dihentak dan ditendang dengan kuat oleh suspek yang tidak berhati perut.
Hasil bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat adik Syafiah di Hospital Kuala Kubu Bharu mendapati, kematiannya akibat kecederaan serius termasuk kulit kepalanya terkoyak kerana dipijak.
Dari bedah siasat itu juga menunjukkan adik Syafiah mengalami penderaan berterusan dan ia boleh dilihat berdasarkan kepada kecederaan yang terdapat pada tubuhnya.Ada kesan-kesan kecederaan luaran yang baru dan lama dipercayai akibat dipukul dengan objek keras pada tubuh mangsa.
Ini bermakna adik Syafiah telah sekian lama mengalami penderaan fizikal yang dilakukan oleh lelaki syaitan. Persoalannya mengapa si ibu yang melayan lelaki ini sebagai kekasihnya merelakan perbuatan kejam tak berhati perut itu.
Allah itu Maha Kuasa. Allah tunjukkan perbuatan manusia yang membelakangkan hukum hakam agama. Sang isteri yang menduakan suaminya yang merengkok di dalam penjara. Mereka berdua bersekedudukan sehingga melahirkan anak luar nikah. Mereka tidak merasa berdosa dengan perbuatan jijik mereke berdua.
Peristiwa kematian Syafiah Humairah yang begitu kejam telah membongkar rahsia perhubungan haram antara ibu kanak-kanak itu dan teman lelakinya sejak enam tahun lalu.
Ibu kanak-kanak itu yang masih bersuami, disangkakan telah berkahwin dengan suspek kerana mereka memiliki seorang anak lelaki berusia setahun enam bulan, malah, wanita itu kini sedang hamil empat bulan. MasyaAllah!!!
Namun, rahsia perhubungan mereka yang hanya menyamar sebagai suami isteri itu terbongkar selepas siasatan polis mendapati pasangan itu tidak boleh berkahwin kerana wanita itu masih mempunyai suami. Seribu tanda tanya... Mana perginya sanak saudara.. orang yang rapat dengan si ibu dan lelaki syaitan ini... Mengapa mereka mendiamkan diri, bisu seribu bahasa.. Membiarkan kemungkaran di depan mata. Mustahil mereka tidak tahu atau memang tak ambik tahu....
Difahamkan, bapa kanak-kanak malang itu yang hanya dikenali sebagai Sahari ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana didakwa terbabit dalam kes bunuh sejak tahun 2006. Selain berhadapan tuduhan bunuh, suspek yang ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis depan bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang syariah kerana bersekedudukan sehingga melahirkan anak luar nikah.
Begitu hebatnya manusia melakukan kemungkaran tanpa merasa takut dengan balasan Tuhan. Hari ini Allah sengaja menunjukkan satu peristiwa kemungkaran manusia dalam masyarakat kita yang membawa kepada pembunuhan manusia yang tidak berdosa.
Semoga kita mengambil pengajaran dari apa yang Allah pertontonkan secara langsung kepada kita semua. Kembali kepada fitrah manusia yang dijadikan oleh Allah di atas muka bumi ini membawa amanat sebagai seorang khalifah yang sentiasa menyeru kepada amar makruf nahi mungkar.
manusia tidak lagi peka kpd kemungkaran yg bermaharajalela. Tiada lagi amar makruf nahi mungkar. inilah tanda2 akhir zaman
ReplyDeleteIni baru ujian yg kecil. Belum tsunami datang melanda mcm kat Chile. Atau gempa bumi mcm kat Bandung.
ReplyDeleteBertaubatlah wahai manusia!!