2.19.2010

ANAK LEMAS DALAM BALDI

Salam Takziah buat keluarga adik Haikal...

Rasa terharu bila membaca berita nie kat Harian Metro. Anak ke-4 Wak sebaya dengan kanak-kanak malang yang lemas di dalam baldi.

Kanak-kanak malang berusia setahun enam bulan, Mohamad Haikal Mustakim Borhan yang ditemui mati lemas dalam baldi berisi air sedalam kira-kira 0.12 meter. Mohamad Haikal dipercayai terjatuh ke dalam baldi berkenaan ketika dia sedang membuat kuih di bahagian belakang rumahnya.

Semoga keluarga tersebut tabah menghadapi ujian dari Yang Maha Esa. Sesungguhnya anak adalah amanah dari Allah yang dipinjamkan kepada kita untuk sementara waktu di dunia ini.

Panduan Bagi Mengelak Kemalangan Di Rumah

• Jangan biarkan anak anda mandi sendirian di dalam bilik mandi. Pastikan pintu bilik air sentiasa berkunci
• Peralatan rumah yang tajam dan berbahaya mesti dijauhkan daripada kanak-kanak.
• Perabot berbucu tajam tidak sesuai rumah yang ada anak kecil kerana mereka mungkin tercedera jika terlanggar atau terjatuh.
• Barangan kosmetik, bahan cucian dan peralatan rumah mesti diletakkan sekurang-kurangnya 1.75 meter dari aras lantai.
• Pastikan segala ubat disimpan di tempat berasingan daripada tempat menyimpan makanan. Bekas berkunci penting kerana menyukarkan kanak-kanak membukanya
• Elakkan mengguna pintu atau tingkap kaca kerana kanak-kanak mungkin menerpa dan tercedera.
• Jika tinggal di rumah pangsa atau pangsapuri, pastikan ruang di antara palang tepi tangga tidak lebar sehingga boleh memboloskan kepala atau dada kanak-kanak. Jarak setiap palang mesti kurang daripada enam senti meter .
• Elakkan mengguna buai untuk menidurkan anak berusia lapan bulan lebih kerana mereka mungkin terjatuh.
• American Academy of Paediatric memaklumkan bahawa walker tidak selamat untuk kanak-kanak dan ia terbukti tidak membantu kanak-kanak berjalan dengan lebih cepat.
• Pastikan rumah anda dipasang alat pengesan asap (smoke alarm).
• Dapur perlu dilengkapkan dengan alat pemadam api (fire extinguisher) untuk memadam kebakaran kecil dapur jika berlaku.
• Pastikan ada jalan keluar dari rumah selain pintu utama Elakkan memasang gril yang sukar dibuka.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails