Kerajaan diarah bayar penunggang motosikal yang ditendang anggota polis
Syarizan berkata, apabila mengenangkan nasib yang menimpanya, ada ketika dia berputus asa dan tidak mahu meneruskan hidup. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam pada 1999 lalu, Syarizan mendakwa dia menaiki motosikal bersama seorang rakan dan melalui Jalan Pasir Bogak, berdekatan rumahnya.
Ketika itu, katanya, dia berselisih dengan motosikal ditunggangi seorang anggota polis dan apabila meneruskan perjalanan, ada tiga lagi anggota polis di depannya.
“Saya pusing balik, anggota polis yang berseorangan tadi juga patah balik. Saya tiada pilihan dan pusing balik menuju ke arah tiga anggota polis berkenaan.
“Ketika itu, saya rasa motosikal bergoyang dan tidak lama kemudian saya nampak anggota polis itu menendang motosikal saya dan kami terjatuh.
“Tidak cukup itu, dia pijak tulang belakang dan kepala sebelum saya pengsan. Selepas lapan bulan kejadian, baru saya tahu tulang belakang patah seterusnya menjadi punca saya lumpuh,” katanya yang turut patah paha kiri dan kanan selain pernah hilang ingatan dalam insiden itu.
Kekadang niat yang murni itu tidak semestinya mendatangkan perkara yang baik. Namun banyak pengajaran yang dapat kita terjemahkan dari peristiwa yang berlaku ini. Kepada pihak berkuasa... Ucapan terima kasih dan penghargaan di atas pengorbanan yang telah mereka lakukan demi melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Namun dalam menjalankan tanggungjawab, perlu diingat cara dan kaedah bagi menguatkuasakan undang-undang perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan.
KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini semalam mengarahkan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM552,299.59 kepada seorang lelaki yang menderita lumpuh selepas motosikal ditungganginya ditendang oleh seorang anggota polis dalam sekatan jalan raya 10 tahun lalu.
Hakim Datuk V.T Singham memerintahkan supaya bayaran yang meliputi ganti rugi khas, ganti rugi teladan dan ganti rugi am tersebut dibuat kepada Syarizan Sudirmin, 26, dari Kampung Tengah, Pulau Pangkor, Perak ekoran kejadian yang menimpanya pada 9 September 1999.
Bagi ganti rugi khas, Singham memerintahkan supaya kerajaan membayar ganti rugi khas sebanyak RM11,987.09 dan ganti rugi teladan sebanyak RM50,000 kepada Syarizan atau plaintif pertama.
Syarizan bagaimanapun hanya menerima 75 peratus atau RM490,312.50 daripada ganti rugi am yang diputuskan oleh hakim dengan alasan kejadian tersebut sebahagian daripadanya berpunca daripada tindakan plaintif sendiri.
Mantap!
ReplyDelete