12.29.2009

Tidak Merokok Prasayarat Bantuan

Wak sokong!!!! Tapi kalau boleh laksanakan menyeluruh.. Termasuk jadikan prasyarat untuk memegang jawatan dalam perkhidmatan awam. Sapa-sapa yang berminat nak kerja dalam perkhidmatan awam termasuklah nak jadi cikgu, doktor, pegawai2 profesional sehinggalah ke peringkat nak jadi kerani sekalipun... pastikan mereka tidak merokok.

Barulah kempen kerajaan nampak berkesan......


KUALA LUMPUR - Tabiat tidak merokok mungkin dicadangkan sebagai prasyarat untuk belia dan pelajar yang memohon bantuan kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, cadangan itu disuarakan kerana banyak pihak terutama golongan belia dan pelajar masih mampu membeli rokok meskipun harga barangan itu sudah beberapa kali dinaikkan.

"Dia kata miskin, tiada apa-apa. Tetapi kalau boleh beli rokok, kita kata anda tidak layak terima apa-apa bantuan. Rokok mampu beli, kenapa lain tak mampu beli," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Belia Negara serta melancarkan Ekspedisi 1Belia 1Malaysia di Seri Kembangan dekat sini semalam.

Kelmarin Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan mulai 1 Januari ini harga minimum rokok ditetapkan kepada RM6.40 bagi 20 batang.

Tindakan itu adalah untuk mengurangkan kemampuan membeli rokok terutama oleh golongan muda dan yang berpendapatan rendah selain membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails