12.28.2009

Harga minimum rokok RM6.40...

Usaha mencegah kanak-kanak, remaja daripada terjebak dalam tabiat merokok..

Budak sekolah hisap rokok, budak dah berhenti sekolah hisap rokok, lelaki, perempuan, miskin kaya, mulia, hina, kutu berahak, bisnesman, pelacur, rockers, peniaga, penjual nasik lemak, jaga bank, semua hisap rokok.

Merokok sebahagian daripada anda. Kalau korang tak hisap rokok pun, jiran anda, orang yang duduk sebelah anda kat stesen bas, pakcik yang jogging depan umah korang hari-hari, makcik jual kain, bangla mat karpet... mereka semua merokok.

Namun begitu kerajaan juga banyak membuat kempen supaya rakyat menghentikan perbuatan tak berfaedah ini. Malah amaran juga dipaksa letak kat kotak rokok itu sendiri. Wak tak nafikan perbuatan merokok itu boleh membahayakan kesihatan dan sebatang rokok makan 3 minit nyawa kita. Kesnya budek-budak kecik pun tahu mende ni. Budak tadika pun tahu merokok membahayakan kesihatan.

Tapi berkesankah kempen kerajaan... kempen demi kempen! Harga rokok dinaikkan! Pokok pangkalnya terletak pada diri anda... Haruskah anda terus merokok atau ingin belajar merokok... Tepuk dahi jawab sendiri!!!!!


KUALA LUMPUR - Mulai Jumaat ini, harga minimum rokok di pasaran tempatan ditetapkan pada kadar RM6.40 bagi pek 20 batang bagi mengurangkan akses kanak-kanak serta remaja daripada terjebak dalam kancah merokok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penguatkuasaan peraturan itu akan dapat membendung golongan tersebut daripada membeli rokok selain menyekat aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.

"Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja daripada terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan risiko penyalahgunaan dadah serta penularan penyakit-penyakit kronik, kerajaan komited untuk mengambil pendekatan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok oleh golongan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tegas beliau, banyak kajian sama ada dari dalam mahupun luar negara membuktikan bahawa peningkatan cukai dan harga rokok mampu mengurangkan kadar merokok dalam masyarakat terutama di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.

"Hasil kajian yang dibuat pada 2004 di Malaysia menunjukkan bahawa dengan peningkatan harga rokok sebanyak 10 peratus, ia akan dapat mengurangkan penggunaan terhadap rokok sebanyak 3.8 peratus," katanya.

Menurut beliau, peraturan baru itu dikuatkuasakan melalui Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) (No.2) 2009 yang telah diwartakan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails