12.24.2009

'KUAT' Luaran & Dalaman

Allah mengasihi orang mukmin yang kuat berbanding yang lemah....

Rasulullah SAW bersabda:

"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah, pada masing-masing itu ada kekuatan. Bersungguh-sungguhlah terhadap perkara yang memberi manfaat kepada kamu. Mintalah pertolongan daripada Allah dan jangan lemah. Jika sesuatu menimpa kamu maka jangan kamu kata: kalau aku buat begini tentu akan jadi begini. Tetapi ucapkanlah Allah telah menentukan dan Dia telah lakukan apa yang Dia kehendaki, kerana sesungguhnya 'kalau' itu membuka peluang syaitan bertindak." (riwayat Muslim)

Kekuatan ini boleh diterjemahkan bermacam-macam; kuat badan, kuat ekonomi, kuat kedudukan, kuat dalaman dan lain-lain yang dapat dibandingkan dengan yang lain. Kekuatan boleh dibuktikan dengan sendiri atau secara berjemaah.

Menurut sunah Allah, seorang menjadi kuat, ditentukan oleh faktor penunjang:

* Kuat badan ditunjangi oleh bentuk fizikal yang kuat.

* Kuat ekonomi ditunjangi oleh harta yang diperolehi dengan usaha.

* Kuat kedudukan ditunjangi oleh kelebihan yang dimiliki, ilmu dan akhlak

* Kuat dalaman ditunjangi iman dan kepercayaan kepada diri sendiri.

Juateru itu anak-anak kita memerlukan kekuatan dari segi rohani dan jasmaninya. Sehinggakan sukar dirosakkan oleh apa juga dakyah yang negatif. Sebagai ibu bapa, kita perlu memastikan anak-anak perlu mendapat pendedahan seperti cara hidup sihat, pemakanan sihat dan penjagaan peribadi.

Anak-anak perlu diberi pendedahan berkaitan daya saing dan pemantapan minda, sesi kemahiran hidup, sesi agama, akhlak seorang muslim dan siapa diri kita serta potensi diri dan kerjaya dalam hidup.

Selain dari itu, anak-anak kita juga perlu didedahkan dengan pendidikan seks, larangan pengambilan alkohol dan merokok serta pelbagai perkara yang boleh mendorong kerosakan moral dan kesihatan terutama di dalam dunia yang serba moden ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails