9.09.2009

Bonus Hanya Untuk Kakitangan Sokongan Saje..

K'tangan kumpulan sokongan terima RM500 ... Melepas la Wak nampaknya!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian khas kewangan RM500 untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan.

Bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada bulan Disember.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan
dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib berkata implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta.- Bernama

4 comments:

  1. bukan bonus. tapi imbuhan khas kewangan. aku kakitangan sokongan gred 17. alhamdulillah. bonus insyaAllah ada kemudian

    ReplyDelete
  2. sama jugak la bro... dia tukar namanya jee.
    Kalau disebut bonus terpaksalah dia bagi kat semua k'tangan awam.

    Nanti kalau yg bukan gred sokongan melalak, dia org bg alasan yg ni hanyalah 'imbuhan khas kewangan'.

    Apapun trima ksih jgak lah pd ds najib yg perihatin terhadap beban rakyat. dan tahniah kpd smua k'tangan sokongan....
    salam aidilfitri utk semua!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails