9.01.2009

Petrol Naik Lagi Tapi Ada Orang Kata Kekal Harga Lama

Harga minyak utama dikekalkan...

Malam tadi sebelum solat terawih Wak dapat sms dari member bagi tau minyak nak naik lagi... dia pesan suruh isi minyak penuh. Selepas solat terawih Wak pun bergegas ke petronas isi minyak kereta bagi penuh.

Sempat la jugak Wak forward sms kat member-member supaya dia orang isi minyak bagi penuh. Ada yang bagi respond tak percaya sebab tak dengar berita pun... ada yang kata terima kasih DS Najib "hadiah sempena kemerdekaan ke-52 1Malaysia" dan tak kurang juga yang maki hamun UBN... Wak hanya mampu berkata "sabo er lahh!!!".

Namun kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tiada perubahan pada harga minyak utama. Walaupun harga RON95 naik lima sen berbanding RM1.75 seliter sewaktu diperkenalkan di beberapa stesen minyak di Lembah Klang pada 12 Mei lalu.

RON97 pula mulai hari ini dinaik taraf sebagai minyak premium dengan harga RM2.05 seliter, naik 25 sen daripada semalam manakala RON92 dihentikan pengeluarannya.

Untuk tidak merasa kesan kenaikan harga petrol, kita gunalah petrol RON95 (pam yang warna kuning). Bukan apa supaya kita semua mengiakan saje kata-kata menteri tuuu...

Apa pun terima kasih lah kepada DS Najib memberikan hadiah istimewa kepada seluruh rakyat yang berjiwa 1MALAYSIA.... Satuuuuu Malayasia!!! Satuuuu Malaysia!!! Satuuuuu Malaysia!!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails