9.17.2009

Sukarnya Mencari Keikhlasan....

Ibarat ‘semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap’...

Petang semalam Wak pergi ke Pasar Ramadan di Bandar Melaka. Dalam perjalanan melihat dan memilih juadah untuk berbuka, terserempak dengan seorang yang sedang meminta sedekah sambil bersila di atas sebuah tikar usang dengan pakaian agak lusuh.

Rasa simpati menerpa di hati lalu Wak letakkan RM2 lebihan membeli makanan ke dalam mangkuk usang yang berada di tangan seorang yang nampaknya dipertengahan usia.

Wak teruskan perjalanan untuk mencuci mata melihat juadah untuk berbuka...macam-macam ada. Tapi tiba-tiba rasa menyesal menjelma mengenangkan peminta sedekah tadi. Macam-macam persoalan yang timbul kat kepala otak nii... Betul ke dia hidup susah sampai nak jadi peminta sedekah. Entah-entah menyamar jee... ambik kesempatan. Kalau 10 orang bagi RM2 dah dapat RM20. Wahhh, mewah la dia kot....

Tapi bila Wak pikir balik, memang sukar untuk mencari keikhlasan.... Hati berkata-kata pun dah menghilangkan rasa ikhlas dan mungkin luput pahala menderma tadi.

Teringat kata-kata Imam Ghazali : Ikhlas itu ibarat ‘semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap’. Kehidupan orang yang ikhlas tidak akan menempuh apa-apa yang mendukacitakan. Sebab mereka sentiasa redha dan bahagia dengan pelbagai kurniaan kebaikan dan keredhaan yang Allah mahu dan tentukan.

Niat merupakan gerak hati yang ruang lingkupnya luas. Ia perlu berkekalan dijaga sama ada sebelum memulakan sesuatu ibadat, semasa melakukannya atau setelah selesai beribadah.

Gerak hati juga menentukan keikhlasan niat seseorang beramal. Hanya amal yang ikhlas sahaja boleh dikatakan sebagai sebaik-baik dan sesempurna ibadat.

Langkah mula untuk mendapat ikhlas dan sebai-baik amal ialah benar-benar menjadi hamba Allah. Untuk menjadi ‘Hamba Allah’ yang sebenar perlu bermujahadah dan istiqamah.

Apabila telah menjadi hamba Allah sebenar dan tidak menjadi hamba kepada selain Allah maka akan menjadi orang yang ikhlas (Muhsin atau Ulul Albab).

Firman Allah : “Oleh itu (wahai Muhammad) sampaikanlah khabar yang menggembirakan kepada hamba-hamba-Ku (Para hamba-Ku itu) iaitu mereka yang berusaha mendengar perkataan (pengajaran Al-Quran) lalu mereka berbuat baik : mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah dari golongan Ulul Albab.” (al-Zumar : 17-18).

3 comments:

  1. Salam cikgu.. mungkin boleh tambah sikit citer pasal ikhlas nie kan.. haritu masa sy pegi satu kusus.. ada gak sebut pasal ikhlas nie yang mana IKHLAS nie adalah kurniaan ALLAH.. so, mmg allah jer yg tau keikhlasan tu.. so, skang sy pun cm dh ragu2 jer nk sebut 'ikhlas' nie.. hehe wallahualam.. cuma harapnya apa yg kta buat tu dapat keredhaanNya kn..

    ReplyDelete
  2. tol tu niesa... g2 tu kita terlupa tentang perkara nie... kita rasa dah betul2 ikhlas kalau sesuatu perkara yg kita buat itu disertakan dengan ungkapan 'aku betul2 ikhlas niee'... wallahualam...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails