9.05.2009

ADUN Bagan Pinang Meninggal Dunia : Takziah & Al-Fatihah

ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal ...

Salam takziah di atas pemergian ADUN BN Bagan Pinang, Negeri Sembilan, Azman Mohd Noor. Beliau meninggal dunia di Seremban hari ini.Beliau meninggal dunia pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 54, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi 4097 dengan majoriti 2333 undi.

Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini. Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas. Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).

Nampaknya akan ada pilihanraya kecl (PRK) sekali lagi iaitu masuk yang kesembilan kali namun inilah kali pertama UMNO BN akan bertanding untuk mempertahankan kerusi DUN nya sendiri.

Setelah lapan kali berdepan dengan Pakatan Rakyat dalam PRK yang lalu dan keputusan berterusan menyebelahi Pakatan Rakyat kecuali di Batang Ai. Apakah nasib UMNO BN kali ini labih baik dari PRK yang sebelum ini atau sebaliknya.

Sama-samalah kita nantikan PRK yang rasanya paling menarik dan cukup menghiburkan bagaimana nanti kita lihat gelagat pemimpin-pemimpin UMNO terutamanya dalam menghadapi cabaran dari PAS dan Pakatan Rakyat.

PRK kali ini tidak begitu memberi tekanan kepada PAS dan Pakatan Rakyat namun ia cukup memberi seribu satu tekanan dan ujian bagi UMNO BN dan yang pastinya 1Malaysia DS Najib.

Segalanya terletak ditangan pengundi Bagan Pinang bagi menentukan apakah UMNO BN masih diterima rakyat atau mereka menolak gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh PM.

PRK kali ini akan memberi impak yang besar terhadap UMNO BN dan ianya bakal menjadi petanda untuk menghadapi PRU-13 yang akan datang. Andainya UMNO BN tewas maka bersiap sedialah untuk menjadi barisan pembangkang selepas PRU-13.

Andainya UMNO BN menang, ia tidak banyak memberi kesan kepada PAS dan juga Pakatan Rakyat kerana mereka pada kedudukan menyerang berbanding pihak UMNO BN dalam posisi bertahan. Tungguuuuuu.....

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails