...... Persepsi diterjemahkan dalam membuat KEPUTUSAN!
Bila terbaca berita mengenai Parlimen kosong semasa Ketua Pembangkang membahaskan Bajet 2013, saya rasa seperti ada yang tak kena dengan kepimpinan BN yang sedia ada. Dari PM sehinggalah kepada TPM dan Pak-pak Menteri yang lain.
Saya malas nak mengulas isu di atas dari sudut politik. Namun begitu saya lebih suka menulis tentang masalah SIKAP. Sebab... dari sikaplah akan lahirnya PERSEPSI. Dari persepsilah kita akan membuat KEPUTUSAN.
Sikap adalah tingkahlaku yang lahir dari emosi. Ia adalah perangai yang ditunjukkan oleh seseorang terhadap orang lain. Andainya sikap seseorang itu positif maka ia akan melahirkan tindakan yang positif manakala jika sebaliknya, maka akan melahirkan tindakan yang negatif.
Tindakan negatif ini kadangkala terlahir songsang dari apa yang diperkatakan oleh seseorang atau kelompok tertentu. Mereka yang mempunyai sikap negatif ini sentiasa menampakkan diri mereka yang terbaik terutama di mata khalayak ramai namun realitinya adalah berbeza. Namun begitu mereka tidak sedar dan sentiasa merasakan segala tindakannya itu adalah benar dan tiada yang tidak benar melainkan semuanya itu benar belaka.....
Persepsi adalah proses internal yang memungkinkan kita memilih, mengorganisasikan, dan menafsirkan rangsangan dari lingkungan kita, dan proses tersebut mempengaruhi perilaku kita. Faktor lain yang sangat mempengaruhi persepsi adalah perhatian. Persepsi sebenarnya adalah satu proses yang mana penerimaan naluri kita diterjemah dan digabungkan menjadi satu pandangan yang menyeluruh terhadap persekitaran kita.
Andainya tadi kita melihat dengan pancaindera kita bahawa seseorang atau kelompok itu mempunyai sikap yang negatif dalam menterjemahkan pertannggungjawaban itu tidak dilaksanakan, maka persepsi kita akan bersifat negatif juga.
Apa yang nyata sekarang ini ialah terlahirnya satu persepsi bahawa perlunya transformasi melalui pemikiran minda yang terbuka dalam membuat keputusan. Keputusan yang akan dibuat oleh seseorang itu akan meletakkan individu atau kelompok yang gah berkuasa tersungkur... rebah menyembah ke bumi..... Sikap lahirnya persepsi.... Persepsi akan menterjemahkan sebuah keputusan....

No comments:
Post a Comment