GURUN: “Anak saya dimalukan
apabila dipaksa telanjang sebelum seorang pelajar merakam gambar bogelnya
menggunakan telefon bimbit dengan alasan bergurau. Lebih mengecewakan, kejadian
itu berlaku Februari lalu dan hanya diketahui apabila telefon bimbit pelajar
berkenaan dirampas warden pada 30 September lalu.”
Demikian kata bapa pelajar lelaki berusia 13 tahun yang kesal
dengan sikap sambil lewa pengurusan sebuah sekolah menengah di sini, yang
didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap aduannya berhubung kejadian
itu.
Bapa berusia 36 tahun itu berkata, dia hanya mengetahui mengenai
rakaman video bogel anak lelakinya itu selepas isterinya dimaklumkan anaknya
dipanggil Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Pelajar (PKHEP) pada 1 Oktober lalu
berhubung kejadian buli di asrama sekolah berkenaan.
Menurutnya, ketika itu, anaknya baru sebulan tinggal di asrama dan difahamkan kejadian berlaku ketika dia ke tandas dengan memakai tuala sebelum dipanggil pelajar senior dan dipaksa berbogel sebelum disepak berulang kali.
Menurutnya, ketika itu, anaknya baru sebulan tinggal di asrama dan difahamkan kejadian berlaku ketika dia ke tandas dengan memakai tuala sebelum dipanggil pelajar senior dan dipaksa berbogel sebelum disepak berulang kali.
“Pada keesokan hari, isteri saya bertemu pengetua untuk melihat rakaman telefon bimbit itu dan dimaklumkan seorang pelajar tingkatan lima terbabit perbuatan itu, tetapi beliau enggan membenarkan isteri melihat rakaman berkenaan dengan alasan telefon itu kehabisan bateri.- HMetro
No comments:
Post a Comment