NEW DELHI - Polis India menahan tiga suspek dinamakan dalam nota, yang ditinggalkan oleh seorang remaja yang mendakwa dia menjadi mangsa geng rogol, sementara kemarahan di negara itu berhubung peningkatan kes rogol meningkat.
Ketua Polis Daerah Patiala, Punjab, Paramjit Singh Gill berkata, gadis berusia 17 tahun itu meninggal dunia kelmarin selepas meminum racun.
Dalam nota yang ditulis sebelum membunuh diri, gadis malang itu menyalahkan ketiga-tiga suspek menyebabkan kematian beliau.
Gill berkata, tiga suspek itu sudah pun ditangkap polis.
Gadis itu mendakwa dia dirogol semasa perayaan Deepavali pada 13 November lepas.
Bagaimanapun kes itu tidak dilaporkan sehingga 14 hari kemudian.
Dua pegawai polis yang terlibat mengendalikan kes itu turut dipecat dan yang lain digantung kerana keluarga gadis malang itu mendakwa pegawai terbabit menyuruh mereka menarik semula kes aduan yang dibuat.
Gadis malang itu mengambil keputusan untuk membunuh diri selepas kejadian yang sama menimpa seorang pelajar wania yang dirogol di dalam bas pada 16 Disember lalu.
No comments:
Post a Comment